Dr. Zulwali Kifli Merawi
Pengarah
(4 Nov 2003 - 30 Apr 2004)
Dr Zulwali dilahirkan di Kampung Bungin, Spaoh dalam bahagian Betong pada 15 Mei 1950. Memulakan kerjaya sebagai guru di SMK Sedaya, Kanowit pada Januari 1970 hingga 1973 seterusnya melanjutkan pengajian di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang dengan memperoleh Ijazah BA (Hons)(Jun 1978), memperoleh MA daripada University of Reading, United Kingdom (1980) dan memperoleh PhD daripada University of Machester, United Kingdom (1996).
Sepanjang perkhidmatan sebagai pendidik beliau pernah bertugas sebagai pensyarah, pengetua, ketua sektor pengurusan akademik Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak, pegawai pendidikan, timbalan pengarah di bahagian perancangan dan penyelidikan dasar pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia serta pengarah Institut Aminuddin Baki (IAB) yang berjaya menubuh IAB Cawangan Sarawak.
Beliau melaksanakan Program Khas Pensiswazahan Guru yang diteruskan sehingga ke hari ini dengan kerjasama beberapa universiti di seluruh Malaysia dengan sekurang-kurangnya untuk memastikan 50 peratus guru di sekolah rendah adalah pemegang ijazah.
Beliau menerbitkan Jurnal Profesional Bicara Pendidik yang masih diteruskan hingga ke hari ini.
Mulai 1992, beliau mempelopori Program Perkembangan Staf Berasaskan Sekolah yang diteruskan hingga kini, membudayakan amalan penyelidikan dalam kalangan guru yang mana hasilnya telah didokumentasikan dan disebar ke institusi pendidikan dalam dan luar Sarawak.
Kini beliau merupakan Timbalan Pengarah Biro Perkhidmatan Pendidikan Majlis Islam Sarawak dan telah diberi pengiktirafan Perkhidmatan Cemerlang (1993, 1994 dan 2003) oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, Pingat Perkhidmatan Bakti (1999), Sijil Perkhidmatan Setia (2000) dan Bintang Ahli Mangku Negara (2004).
sumber: Utusan Borneo